Sunday, July 5, 2009

First Time Ride Ikan Bakar Umbai, Melaka, 4/7/09

Pada hari sabtu, 4hb Julai 2009, PM Bikers menganjurkan ride ke umbai, melaka bersama-sama dengan Superbikemalaysia (SBM). Tuan rumah, iaitu MLKsportsbike telah menyambut kehadiran kami di Melaka.
Semua bikers berkumpul di R&R Seremban pukul 5pm. Keadaan lebuhraya PLUS pada masa itu sangat sesak. Walaubagaimanapun, aktiviti ini diteruskan jugak. Pada pukul 5.30pm, semua bikers bergerak menghala ke Melaka, keluar di exit Tol Ayer Keruh. Sebelum itu, sesi bergambar beramai-ramai sebelum bergerak ke destinasi.




Selepas keluar exit Tol Ayer Keruh, terus bergerak ke stesen Petronas yang tidak jauh daripada tol tersebut dalam 1 Km. Sampai di sana dalam pukul 6pm. Didapati bahawa bikers daripada MLKsportsbike telah pun menunggu di situ.




Memang meriah ride kali ini. Terdapati hampir 35 bijik motor yg join aktiviti ride ini.







Motorsikal kepunyaan bro Shogun, tuan presiden MLKsportsbike.



Ader jugak bikers yang baru sahaja membeli motorsikal baru. Misalnya bro Ashraf yang baru sahaja memiliki motosikal Yamaha R1 tahun 2009.




Sesi bergambar beramai-ramai dilakukan sebelum bergerak ke Umbai pada pukul 6.40pm.




Akhirnya sampai jugak ke Restoran Parameswara, Umbai dalam pukul 7pm.




Segala kemudahan tempat parking, kerusu meja dan makanan telah pun ditempah lebih awal. Terima kasih diucapkan kepada pemilik restoran Abang Mokhtar yang telah menyediakan segala-galanya serta layanan yang sangat istimewa.




Sampai sahaja ke destinasi, terus ke kawasan santapan dengan makana yang telah sedia terhidang. Marilah menjamu selera dengan menu yang sangat istimewa iatu ikan siakap bakar, sotong goreng tepung, udang butter, kailan ikan masin dan minuman air buah.






Terima kasih kepada semua bikers yang mengikuti aktiviti ride kali ini. Sehingga kita bertemu kembali dalam aktiviti ride yang akan datang. Jumpa lagi.


Thursday, June 4, 2009

Aktiviti Teh Tarik Session (TTS)

Aktiviti TTS ini diadakan pada setiap minggu, hari sabtu, 10.00 pm bertempat di Restoran Ehsania3, Bandar Seri Putra. Kebanyakan ahli komuniti ini tinggal di kawasan yang berdekatan iaitu di Bandar Bukit Mahkota, Bandar Seri Putra dan Taman Impian Putra.

Pada 21hb Mac 2009 pada pukul 10.00pm, aktiviti TTS dijalankan seperti biasa di Restoran Ehsania3. Kali ini geng PM Bikers dapat berkumpul bersama-sama dengan geng Terjahbikerz dan geng Bladers.